<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/4781941015203387140?origin\x3dhttp://wujudmudisini.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
wujudmudisini@blogspot.com ♥
Monday, August 3, 2009

Misteri: Dajal bukan dongeng
Oleh Nasron Sira Rahim
(http://forum.jiwang.org/index.php?s=24d290936808288c35ce09ae9b7ba8c0&showtopic=2287&pid=137609&st=20&#entry137609)

MAKHLUK itu hanya akan turun ke Bumi apabila dunia hampir kiamat. Pada saat kemunculannya, masyarakat sudah terlalu jauh meninggalkan petunjuk agama dan ajaran Allah SWT diingkari secara terang-terangan.

Kekacauan berlaku di mana-mana di seluruh dunia; keruntuhan akhlak, peperangan dan pembunuhan berjalan seiring dengan putaran waktu.

Ketika itulah akan munculnya makhluk bernama Dajal. Ia mampu menunjukkan pelbagai kekuasaan magis yang pasti menakjubkan mereka yang tidak lagi beriman serta meneruskan penindasan terhadap sesiapa yang masih mahu mengesakan Allah.

Antaranya adalah hadis riwayat Imam Muslim daripada Huzaifah bin Asid al-Ghifari RA katanya: “Rasulullah menemui kami ketika kami sedang berbincang lalu baginda bertanya: ‘Apa yang kamu bincangkan?’ Lalu sahabat menjawab: ‘Kami berbincang mengenai hari kiamat’.

Baginda bersabda: “Sesungguhnya kiamat tidak akan berlaku sehingga berlakunya 10 perkara iaitu -
1. KELUAR ASAP DARI BUMI;

2. munculnya Dajal;
3. keluar Dabbah (binatang yang melata);
4. matahari terbit dari Barat;
5. turunnya Nabi Isa AS;
6. keluar Ya’juj dan Ma’juj;
7. gerhana di Timur;
8. gerhana di Barat,
9. gerhana di Semenanjung Arab dan
10. api yang menyala di Yaman menghalau manusia ke mahsyar (tempat berkumpul)’.”

Berdasarkan hadis diriwayatkan Anas bin Malik pula, dijelaskan bahawa Dajal berasal daripada keturunan Yahudi Asfahan seperti sabda baginda: “Keluar Dajal daripada Yahudi Asfahan bersamanya 70,000 orang Yahudi.”

“Bagaimanapun, ulama berselisih pendapat mengenai asal keturunan Dajal sama ada ia adalah manusia atau jin. Sesetengahnya berpendapat Dajal adalah syaitan daripada keturunan Iblis yang diikat dengan 70 rantai pada satu tempat di Yaman.

“Tiada siapa mengetahui siapa mengikatnya sama ada Nabi Sulaiman atau orang lain; apabila Allah hendak menzahirkan Dajal pada akhir zaman, maka setiap tahun sebelum kemunculannya, satu rantai yang mengikatnya akan terputus,”

Sesetengah ulama lain pula berpendapat bahawa Dajal berasal daripada kalangan manusia tetapi ia belum dilahirkan lagi sehinggalah menjelang akhir zaman. Pendapat lain mengatakan bahawa bapa Dajal adalah manusia dan ibunya daripada keturunan jin.

Terdapat hadis lain yang menyatakan bahawa Dajal akan mengaku sebagai nabi dan menyebarkan hadis palsu selain mengaku dirinya sebagai tuhan bagi memperdayakan manusia.

Hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa baginda bersabda: “Tidak akan berlaku kiamat sehingga lahirnya 30 orang Dajal yang pembohong, semuanya mendakwa dirinya rasul Allah. Mereka melimpahkan harta benda dan pada saat itu berlaku banyak fitnah (kerosakan demi kerosakan) dan berlakunya banyak haraj.” Sahabat bertanya: “Apakah itu haraj?” Baginda menjawab: “Pembunuhan demi pembunuhan,” (riwayat Imam Ahmad).

“Hadis diriwayatkan Ubaid Umair pula menjelaskan bahawa umat akhir zaman memang mengetahui bahawa Dajal itu sebenarnya pembohong besar namun mereka tetap mendekatinya semata-mata untuk mendapatkan habuan rezeki berupa makanan, ternakan serta tanaman.

“Hadis riwayat Samurah Jundub pula menceritakan sesiapa yang mengakui Dajal sebagai tuhan, maka mereka tertipu manakala orang yang teguh imannya akan berkata ‘Allah Tuhanku’ dan mereka selamat daripada Dajal,” katanya.

Antara kemampuan Dajal seperti diizinkan Allah SWT adalah boleh menghidupkan orang yang sudah dibunuh; memiliki kemewahan dunia; memerintahkan hujan supaya turun dan bumi menumbuhkan tanaman; memperlihatkan kepada pengikutnya kononnya keadaan syurga walhal gambaran itu adalah neraka dan sebaliknya; menyembuhkan orang buta dan penyakit sopak.

Pihak yang menolak dakyahnya akan menerima musibah; negeri miskin yang dilawatinya akan menjadi kaya dan pada pemerintahannya; orang yang khianat diberi kepercayaan manakala pihak yang jujur dan amanah dianggap pendusta.

“Ciri-ciri Dajal pula adalah pemuda berambut kerinting, buta mata kanannya seumpama biji anggur yang menonjol, muncul pada suatu tempat antara Syam dan Iraq, melakukan kerosakan di tempat yang disinggahinya.

“Ia juga tidak mampu untuk memasuki kota Makkah dan Madinah, antara kedua-dua matanya tertulis perkataan ‘kafir’ yang boleh difahami mereka yang boleh membaca atau buta huruf dan Dajal tinggal di bumi selama 40 hari atau 40 bulan atau 40 tahun sebelum dibunuh Nabi Isa AS,” katanya.

Hadis riwayat Samurah Jundub menyatakan bahawa hanya Nabi Isa AS yang mampu membunuh Dajal. Hadis riwayat an-Nuwwas pula menyatakan bahawa Nabi Isa akan membunuh Dajal di pintu gerbang Kota Lud iaitu sebuah kota berhampiran Baitulmaqdis.

Sesetengah sarjana Islam moden berpendapat bahawa Dajal berkemungkinan bukan berbentuk makhluk sebaliknya ia adalah ‘pemikiran’ atau ideologi yang menyebabkan kekacauan dan ketidakstabilan dunia.

“Mereka berpendapat ideologi inilah Dajal yang mendorong manusia kepada kebejatan akhlak dan kejahatan, menyesatkan masyarakat ke dalam keingkaran dan kederhakaan terhadap Allah dan menimbulkan kerosakan pada muka bumi dan umat manusia lain,” katanya.

Kalangan sarjana itu juga menyatakan ciri Dajal seperti disampaikan hadis adalah ayat berbentuk simbolik dan ia lebih menjurus kepada ciri sebuah ideologi yang membawa kepada kehancuran alam.

“Contohnya Dajal yang disebutkan hadis sebagai buta sebelah mata diibaratkan sebagai ideologi yang tidak menilai sesuatu dengan adil dan saksama.

“Memang negara kuasa besar dunia ketika ini disifatkan sebagai buta atau sengaja membutakan sebelah mata apabila menilai sesuatu isu seperti Palestin, Kashmir, Lubnan, Iraq dan Afghanistan secara tidak adil,” katanya.

Seorang sarjana agung Islam bernama Bediuzzaman Said Nursi mengaitkan ideologi Darwin atau Darwinisme, satu lagi kefahaman ateisme (misal fahaman dalam komunisme) dengan kewujudan Dajal.




=renungkanlah=
Sunday, August 2, 2009

JULY 2009



Hi Blogger..
I lost my July event...any...y m i b 2 bz??? y m i cnt hv at least a sec. 4 me to breathe?? Y


What had happend all over July 2009???

H1N1 of coz...alhamdulillah..so far nauzubillah..kami sekeluarga sihat..after my sick leave..datang ofis..tup-tup 2 to 3 of my collleagues ada kene kuarantin...bukan jauh geng!!yg duduk dekat2 ngan aku geng!!!

so ...lets me conclude the whole July 2009..

Start Julai...kami memulakan xtvt baru..supaya hidup tak premitif...hidup mesti penuh warna warni..mesti cuba segala cabaran!!!.:D memancing di belakang rumah...setiap hari Sabtu malam...ehehhe :P
AJK Memancing Sabtu Malam
masa ni..baru berkenal2 dengan sungai belakang rumah..(niat dalam hati nak terjumpa BOYE..hampeh)...kami menyusuri sungai ni...seram gak..LOL~


Bot ni I tak berani ler nak gi kalau malam..sbb sebelah tu ler BOYE BESO suka berehat.. :D

July..i went triple times for wathing a movie in a cinema???Yes, i admit that i'm a movie freak..masa study kat Shah Alam dulu...sehinggakan pernah 2 movie dalam 1 hari..habis ceta ni..terus belari ke cinema bilik cinema yg lain..walaupun lewat 15min...

1st after my small surgery...i brought my bors & bonda..watching "Jangan Pandang Belakang Congkak" at Cineplax, Qlap Mall..that's my promised with them...after my minor surgery...COOL man!!best gak..gelak sakan kami....GAGAGAGA..then g tengok Pet Exibition...my bro gambar ngan Ulaq...YEWWW!!!

Then, of coz..Transformer....p ni tak di rancang...:) Suddenly pagi Ahad tu (when I was planning kan REST the whole day!!) my bro - Najib...tiba2 mandi early in the morning...and he told my mum..."Ma, liat Transformer di TV besar"...so what..he called the big screen 'TV Besar'...imagine...Transformer...booked last minute...I'm afraid if all the cinemas are full...as my previous experienced...masa kan tonton Spiderman 2...FULL BEB!!!semua!!!The Mall, Empire, Qlap, Bolkiah Teather...!!!just name it.

The next movie di The Mall...of coz "HARRY POTTER 6"...al kisah nye...aku & Nur plan kan watch this movie within holiday..Saturday or Sunday...BUT Masnah pulak menjelezkan kami..boleh mlm launching 16-Jul-2009 ia lihat with her children di Empire at 8.30pm..so kami jelez ler..Harry Potter kali ahhh...me & bro Nabil never missed watching Harry Potter 1- 5...and MUST watching them in the cinema...MUST! so hantu apa ntah dok bisik2 kat telinga and gelitik our heart...terus kami watch (me, Nur, Lezaros & My Bro - Nabil) on the same day 16-Jul-2009 BUT at 7.30pm, The Mall....LOL~2 thumbs up dude!! i loves my won~won~...
GAGAGAGGAGGAAAA...
a minute before the movie started

Ku beli DVD Blur Ray : UP! & Ice Age 3...siuk beb!!

plan kan tonton....:
1. Setem
2. The Proposal
3. Land of the Lost
4. Ghosts of Girlfriends Past....


Ehehehe.... :D

Then..bulan tu kami ( the HLP Committee) sebok sangat nak jayakan satu acara yg lebih kurang seperti 1 realiti TV...Amazing Race..meeting! gi site!..meeting! gi site!..meeting! gi site!...tak henti2...yg I ingat meeting terakhir tu kene belanja "The Coffee Bean stuff" oleh SCM HSSE Focal Point..tq Hjh Tini.*wink*
mine Ice Blended w/o caramel..please

SCM HSSE Amazing Race 2009 berlangsung pada Pagi Isnin 27hb Julai 2009..
8 pasukan semuanya..
best gak la..ada pahit, manis, calie, gagagaggaa...sekurang2nya away day..tak terlalu terikat dengan kerja..so let's us BEGILA!!!!...LOL~
tapi ye lah..kan buat event ni..dengan hanya 7 jawatankuasa..mmg sakit...sakit sebab nak pastikan semua flow lancar...tak spoil ler tuuu..

BTW..ada cerita lucu deh!!!ada 1 group ni..(tak yah sebut le)..clue pertama pergi tempat 'straw' untuk memulakan permainan...tak tahu le tahu baca map atau tak...so group ni pusing2...then salah seorang ternampak 1 straw atas meja..dan dengan 'KONFIDENT'..jejaka ni pun ambik straw tu..dan ckp kat team dia..."Ni Straw!"..then semua berlari untuk mendapatkan clue yg kedua...MASALAHNYA...:
1. bukan straw tu lar..~
2. Marshall yang salah pulak tu.....cianye
3. LOL~

tapi team ni ditempat ke-3...

YAY

========================================================


hahaha..tak de kaitan dengan apa2 dalam bulan Julai gambar ni..Saja je...

So...part of my geng...ka rahmah...nur, zul, ejam, lezaros, hilda, Francine.. :D

p/s : Owh!!bulan Julai I ate lots of food yg membru...Bulan Makan kot..The Coffee Bean, Frattinni, LemonGrass Restaurant, Kaizen...just name it!!!

=thE End=