Oh Tuhan...
sesungguhnya aku di duga semalam dan hari ini..
adakah aku akan di duga juga esuk??
aku hampir lemah...
Ya Allah!
tabahkan hati hambaMU..
supaya kudratku kuat menanggungnya
sabarkan jiwa hambaMU
supaya pemikiran waras ku masih di landsanMU Ya Allah..
Sungguh berat dugaan ini..
sungguh beban ujian ini...
aku hampir tewas
aku dekat lemah
kalau bukan kerana saki baki iman
kalau bukan kerana cinta MU padaku
kalau bukan kerana aku masih ingat berpijak di bumiMU..
Ya Allah..
ampuni hambaMU
sekian lama ku sepi...
aku tau..dugaan yg KAU beri..
bukan untuk menyeksa aku
bukan untuk meyakiti aku
tapi...kerana...
KAU ingin aku kembali pada cintaMU yang Maha Agung dan Suci
kembali pada kasihMU yang Maha Telus dan Murni
kembali pada MU yang Azali dan Wahid...
aku kembali...


